Showing posts with label Tipetua. Show all posts
Showing posts with label Tipetua. Show all posts

5 Nov 2012

Kelebihan Warna

Assalamualaikum

Hari ni Fatin nak kongsikan sedikit maklumat pasal kelebihan warna tapi warnanya sikit je.Ini je yang fatin dapat dari MG.

MERAH
Hilangkan masalah sakit kepala

Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa  sakit kepala.Oleh itu,jika anada mengalami sakit kepala letakkan tuala lembap berwarna merah di tasa mata anda.Ia mampu meningkatkan peredaran  dan melonjakkan adrenalin.

BIRU
Mengurangkan tekanan di tempat kerja

Rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan dapat mengurangkan tekanan darah.

MERAH JAMBU
Elakkan Insomnia(Warna ni bagus untuk Fatin sebab Fatin ada Transient Insomnia)

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam macam Fatin.Apa kata anda cuba petua ni.Hiaskan bilik tidur dengan warna merah jambu.Kajian mendapati bahawa warna merah jambu ni mampu mewujudkan suasana santai dan selesa.(Tips ni bagus untuk kaun Hawa tapi untuk kaum Adam Fatin tak pasti.Boleh je kalau kaum Adam nak ikut tips ni)

Jingga
Ceriakan mood

Apabila anda berasa murung dan sewaktu dengannya atau cuba mengembalikan tenaga,apa kata cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.(Kalau minum air oren bila tak ada tenaga boleh?)

HIJAU
Lenyapan keletihan di samping dapat segarkan mata

Ada pendapat mengatakan warna hijau mempunyai kesan positif dalam meningkatkan imunisasi selain dapat mengalakkan suasana harmoni dalam badan.(Warna ni baik untuk orang yang rabun macam Fatin)

Fatin Nurina

14 Sept 2012

5 Petua Wajah Berseri Cara Islam


  1. Amalkan membaca 'ya qawiyyu' selepas memberi salam yang kedua selepas solt
  2. Jangan cuci muka dengan cleanser pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah.Cuci muka sebelum tidur.
  3. Gunakan tiga jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.
  4. Berselawat tige kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum  berbedak dan berdoa 'ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku'
  5. Membaca doa ketika melihat cermin 'ya Allah sebagaiman kau cantikkan wajahku,maka perelokkanlah pekertiku'
Fatin Nurina

6 Sept 2012

Tip Untuk Kanak-Kanak Mengelak Ancaman Jenayah

Assalamualaikum


  1. Minta kebenaran ibu bapa sebelum keluar rumah.
  2. minta abang,kakak atau rakan menemani ketika keluar rumah.
  3. sentiasa membawa telepon bimbit untuk membuat panggilan.
  4. Hafal nombor telefon ibu bapa atau ahli keluarga lain.
  5. Simpan sedikit wang syiling untuk kemungkinan membuat panggilan menggunakan telefon awam.
  6. Hubungi 999 untuk panggilan kecemasan-ia percuma dan tidak memerlukan duit syiling.
  7. Katakan 'TIDAK' atau 'JANGAN GANGGU SAYA' jika dihampiri orang yang tidak dikenali.
  8. Jerit sekuat hati dan lari dengan cepat dan laju jika adik dalam bahaya.
  9. Tunngu dalam kawasan sekolah ketika menunggu ibu bapa menjemput adik.
*Diambil daripada Berita Harian

Fatin Nurina

Tip Memilih Tempat Makan Yang Bersih

Assalamualaikum

Apabila anda memilih untuk makan di luar,terdapat beberapa perkat\ra yang perlu anda pastikan:


  • Tidak terlalu hampir dengan jalan raya dan aliran lalu lintas yang sibuk.
  • Jauh dari tempat ternakan haiwan,parit atau tangki septic.
  • Terdapat keprluan asas seperti air yang bersi untuk membasuh,elektrik,tempat membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih.
  • Menyediakan tempat untuk membasuh tangan dan sabun.
  • menggunakan gelas dan pinggan yang bersih,tidak retak atau pecah.
  • elakkan gerai di tepi jalan yang tidak bersih.
  • Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih.
  • Bebas daripada haiwan seperti kucing,tikus,anjing,lalat,serangga,burung dan pepijat.
  • Utamakan premis yang mempunyai pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan sebagai bersih dan selamat.
Anda juga harus memilih premis makanan yang mengutamakan kebersihan diri dan pengendalian makanan yang betul seperti berikut:

  • Memakai pakaian yang betul dan bersih.
  • Memakai penutup kepala.
  • Mengutamakan kebersihan diri(kuku yang bersih dan pendek),tidak merokok,meludah,batuk ke arah makanan,tidak menggunakan tangan untuk mengambil makanan,menggunakan tuala yang bersih,tidak menjilat atau menggunakan jari untuk merasa.
  • Tidak menyediakan makanan yang erhampiran dengan tandas.
  • Menggunakan tuala yang berbeza untuk mengeringkan tangan,mengelap meja dan peralatan.
*Diambil dari Berita Harian

Fatin Nurina