5 Nov 2012

Kelebihan Warna

Assalamualaikum

Hari ni Fatin nak kongsikan sedikit maklumat pasal kelebihan warna tapi warnanya sikit je.Ini je yang fatin dapat dari MG.

MERAH
Hilangkan masalah sakit kepala

Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa  sakit kepala.Oleh itu,jika anada mengalami sakit kepala letakkan tuala lembap berwarna merah di tasa mata anda.Ia mampu meningkatkan peredaran  dan melonjakkan adrenalin.

BIRU
Mengurangkan tekanan di tempat kerja

Rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan dapat mengurangkan tekanan darah.

MERAH JAMBU
Elakkan Insomnia(Warna ni bagus untuk Fatin sebab Fatin ada Transient Insomnia)

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam macam Fatin.Apa kata anda cuba petua ni.Hiaskan bilik tidur dengan warna merah jambu.Kajian mendapati bahawa warna merah jambu ni mampu mewujudkan suasana santai dan selesa.(Tips ni bagus untuk kaun Hawa tapi untuk kaum Adam Fatin tak pasti.Boleh je kalau kaum Adam nak ikut tips ni)

Jingga
Ceriakan mood

Apabila anda berasa murung dan sewaktu dengannya atau cuba mengembalikan tenaga,apa kata cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.(Kalau minum air oren bila tak ada tenaga boleh?)

HIJAU
Lenyapan keletihan di samping dapat segarkan mata

Ada pendapat mengatakan warna hijau mempunyai kesan positif dalam meningkatkan imunisasi selain dapat mengalakkan suasana harmoni dalam badan.(Warna ni baik untuk orang yang rabun macam Fatin)

Fatin Nurina

No comments: