Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

21 Jan 2013

List of United State Presidents


  1. George Washington
  2. John Adams
  3. Thomas Jefferson
  4. James Madison
  5. James Monroe
  6. John Quincy Adams
  7. Andrew Jackson
  8. Martin Van Buren
  9. William Harrison
  10. John Tyler
  11. James Polk
  12. Zachary Taylor
  13. Millard Fillmore
  14. Franklin Pierce
  15. James Bunchanan
  16. Abraham Lincoln
  17. Andrew Johnson
  18. Ulysses Grant
  19. Rutherfort Hayes
  20. James Garfield
  21. Chester Arthur
  22. Grover Cleveland
  23. Benjamin Harrison
  24. Grover Cleveland
  25. William McKinley
  26. Theodore Roosevelt
  27. William Taft
  28. Woodrow Wilson
  29. Warren Harding
  30. Calvin Coolidge
  31. Herbert Hoover
  32. Franklin Roosevelt
  33. Harry Truman
  34. Dwight Eisenhower
  35. John Kennedy
  36. Lyndon Johnson
  37. Rivhard Nixon
  38. Gerald Ford
  39. Jimmy Carter
  40. Ronald Reagan
  41. George H. W. Bush
  42. Bill Clinton
  43. George W. Bush
  44. Barack Obama
Fatin Nurina

6 Jan 2013

Soo Family

Assalamualaikum

Korang perasan tak yang sebelum ni Fatin ada mention Gee Hajar Hana Chae dan Yad. Mesti korang tertanya siapalah diaorang tu kan? Nak tahu tak siapa diaorang tu? Diaorang tu sebenarnya my twitter bestfriend tapi Fatin dah anggap tu diaorang macam keluarga Fatin sendiri.Fatin mula kenal diaorang ni pun sejak Fatin jadi kpopper.Sebenarnya mula-mula Fatin tak kenal pun dengan diaorang ni.Orang yang pertama Fatin kenal ialah Yad kemudian Hajar dan Hana Chae Gee.

Fatin kenal Yad masa Fatin tweet dengan Kiki then Yad ada mencelah.So dari situlah Fatin mula kenal Yad.Then kitaorang adalah tweet pasal exo dan lain-lain.Masa Fatin mula-mula kenal Yad dulu Fatin ingatkan yang Yad ni sombong tapi sebenarnya Yad ni tak sombong pun. Dia baik apa. Kadang-kadang Yad ni gila-gila sikit.Lagi satu dari Yad jugaklah Fatin mula kenal AKB48.YAd ni dia minat Suho.Yad jugak merupakan satu-satunya lelaki dalam family ni dan Yad merupakan second maknae dalam family ni :)


Then Fatin kenal Hajar.Hajar ni yang paling muda dalam family ni.Hajar seorang je yang berumur 15 tahun.Yang lain semuanya 16.Fatin anggap Hajar ni macam adik sendiri sebab Fatinkan tak ada adik perempuan.Fatin seorang je anak perempuan dalam keluarga.Adik Fatin semuanya lelaki.Masa mula-mula kenal Hajar ni kan Fatin anggap Hajar ni madu Fatin. lol I'm  just kidding.Yelah Hajar pun minat Kai.Dia kata yang Kai tu husband dia.Then kitaorang adalah main rebut-rebut Kai. lol Macam budak kecil kan? But it's fun actually :) Hajar ni adalah mengadu pasal hal tertentu dekat kitaorang.Yelah maknaelah katakan so mestilah manja :)

Then,bila dah kenal kenal diaorang ni so Fatin pun adalah tweet dengan dorang.So bila dah tweet itu ini Interaction Fatin mulalah penuh dengan nama diaorang ni dan secara tidak langsung kitaorang rapat.

Nak tahu macam mana kitaorang boleh jadi SooFamily? Baca ni.

*Satu hari tu Fatin ada nampak yang Hajar tweet dengan Hana Chae Gee. Hajar ada sebut nama Fatin. So Fatin pun menyibuklah dan dari situlah Fatin mula kenal Hana Chae Gee.So diaorang pun mula kenal Fatin dah Fatin pun mula kenal diaorang.Satu hari tu Fatin asyik tweet dengan dorang je.Malam tu kitaorang mula kenal-kenal dan mula rapat.Sampai chat dekat fb sampai lewat malam.Nasib baik masa tu Fatin dah habis PMR.Lagipun malam tu memang Fatin tak boleh tidur.Kitaorang cakap pasal itu ini dan kitaorang bagi no fon sendiri.Entalah siapatah yang mula bagi no fon tu fatin dah tak ingat dah.Inilah kali pertama Fatin bagi no fon dekat orang yang Fatin tak pernah jumpa.Ye Fatin tahu apa yang Fatin buat tu bahaya tapi entahlah Fatin pun tak tahu macam mana Fatin dengan yakin bagi no Fatin dekat diaorang.Bila dah dapat no masing-masing apa lagi kitaorang hantarlah mesej 'salam perkenalan' gitu dan buat miss call :) Jadi dari sinilah bermulaya friendship Fatin dengan diaorang.Kitaorang ni gila-gila sikit sebab nak buat cover lagu AKB48 Haevy Rotation. Gilakan? Yelah dah lah tak pernah jumpa baru je kenal then nak buat cover.Samapikan Yad pergi susun lirik untuk kitaorang.Cumanya Gee tak termasuk sebab dia lantik diri dia sendiri sebagai manager.Kitaorang pun cubalah untuk rekod suara untuk cover tu tapi cover tu menjadi sebab dorang nak lagu lain then buat pulak lagu Gee Gilrs' Generation tapi tak menjadi jugak so kitaorang tak 'debut' pun :) Debut? Yelah Gee nak debutkan kitaorang dekat Music Bank. actually debut dekat music bank tu hanyalah mainan semata-mata sebab benda tu tak akan terjadi pun.Then Fatin mula rajin tweet dengan diaorang ni.Interaction Fatin memang penuhlah dengan nama diaorang ni tapi Fatin rasa tak kisah sebab diaorang ni buatkan cuti Fatin lagi best kot.Kalau korang nak tahu tahun lepas Yad,Hajar dan Fatin dapat pergi Singapore.Kitaorang taklah pergi sama-sama kitaorang pergi dengan familylah. Yad pergi sana sebab ada kenduri kahwin manakala Hajar dengan Fatin pergi sana untuk bercuti :) Bila dah berkawan dengan diaorang ni kan Fatin rasa macam rapat sangat dengan diaorang dan Fatin mula anggap diaorang tu macam family. Gee cakap kitaorang jadi rapat pun sebab Chae yang mention Hana dengan Gee while Hajar mention Yad dengan Fatin.*

Eh lupa pulak nak cerita pasal Hana Chae Gee.

Hana adalah orang yang pertama Fatin kenal selepas Hajar sebab kalau tak silap Fatin hanalah yang tegur fatin dulu. kalau tak silaplah. Then baru Chae dan Gee.Bila dah kenal Hana Gee dengan Chae Fatin pun stalklah dorang ni. Btw,dorang ada stalk Fatin jugak.Kiranya saling stalk mengstalklah ni.Mula mula Fatin kenal hana ni fatin kadang-kadang rasa annoyed sikit.Entahlah fatin pun tak tahu kenapa.Hana ni ada habbit tau. Nak tahu apa? HAna ni dia suka tukar username dia.Masa mula-mula tu susah sikitlah sebab ak hafal dia punya username. Actually HAna tak suruh pun hafal dia punya username tapi Fatin yang dok menggatal nak hafal dia punya username. Habit ni Hana berkongsi dengan Hajar sebab hajar pun suka tukar username ni katanya hobi.Bagi Fatin Hana ni orangnya jenis yang tak cepat putus asa.Itu yang fatin suka pasal Hana ni.Kalau nak tahu Hana ni dia minat Lay.Hana ni jugak pandai dalam buat poster ni.

Then, Fatin kenal Chae.Mula-mula Fatin kitaorang panggil dia Syirah tapi lepas tu Chae suruh kitaorang panggil dia Chae so kitaorang pun panggil dia Chae lah.Lagipun Chae ni mix.Ada keturunan cina sikit.Mesti bestkan ada darah campuran.Masa mula-mula kenal dulu fatin ingat Chae ni peramah.Tapi bagi Fatin sekarang Chae ni macam pendiam sikit.Kitaorang selalu shipkan Chae dengan Hana sampai gee buat HanChae. To be honest I like it.Entahlah fatin rasa dorang ni sessuai berdua.Eh jangan salah faham pulak.Btw,Chae ada kenalkan kakak dia dekat kitaorang.Fatin tak ingatlah nama kakak Chae tu tapi apa yang Fatin tahu dia punya username gogitao itu je yang Fatin tahu.Sampai fatin panggil kakak Chae tu 'Gogitao Unnie' :) Unnie dengan Chae jangan marah tau! Fatin suka tengok Chae tweet dalam BI. Entahlah Fatin pun tak tahu kenapa. Fatin rasa Fatin banyak ulang perkataan 'Entahlah Fatin pun tak tahu kenapa'. Kan kan kan? Chae lahir dalam bulan yang sama dengan Fatin cuma lahir lahir lambat dua hari je dari Fatin Fatin lahir 4 hari bulan tapi Chae lahir 6 hari bulan.Jadi kiranya Chae dengan Fatin ni tengah-tengahlah dalam family ni :)

Last sekali Gee,our manager.Masa mula-mula kenal Gee kan Fatin ingat Gee ni alim sebab Gee ni sekolah agama.Gee pun ambil arab dalam pmr sama macam Fatin.Jadi kiranya bukan Fatin soranglah yang ambil arab dalam family ni.Gee cakap dia manager 'kita' dan exo.Maklumlah kitaorang ni exostan :) nak tahu tak Geeni kan dia duduk dekat Terengganu. Jauhkan? Tapi rumah Gee jauh dari kampung Fatin.Lagi satu Gee ni ada senjata dia sendiri.Nak tahu senjata apa? Senjata Gee ialah 'Parang'.Kalau manager marah ke apa mesti dia guna perkataaan parang ni.Orang yang selalu kena parang dengan Gee tu Fatin kot hahaha.Rasanyalah kalau tak silap.Gee merupakan orang yang paling tua dalam family ni :)

Tahun lepaskan kitaorang calon PMR kecuali Hajar.Masa nak tunggu result PMR tu keluar kitaorag takut sangat.Fatin tak payah cakaplah sampai malam sebelum nak ambil result tu Fatin tak tidur sebab takut punya pasal.Alhamdulillah kitaorang keputusan yang bagus.Fatin ada mohon asrama tapi tak tahulah dapat ke tak.Ini pun tengah tunggu jawapan dari MRSM dengan SBP ni.Tapikan kalau difikirkan balik kalau Fatin masuk asrama mesti Fatin tak boleh tweet dengan dorang :< Itu  yang tak best. Actually Fatin memang teringin nak masuk asrama sebab Fatin nak rasa macam mana duduk asrama.

Kalau korang nak tahu Fatin ni siap hafal lagi birthday dorang.Fatin ni memang suka dalam ingat birthday orang ni.Baru-baru ni birthday Yad.Kitaorang ada buat 'family meeting' cewah family meeting konon. Sebenarnya bukanlah family meeting pun.Lagi dua minggu lagi nak birthday Manager Gee. Kitaorang macam kalau ada masalah apa-apa ke mesti kongsi sama tapi masalah tu masalah yang ringan-ringan je lah. Idk how to explain wahat is masalah ringan-ringan tapi korang buat faham-faham jelah ye.Kesedihan kegembiraan kitaorang kongsi bersama cewah ayat Fatin hahaha... Macam kalau ada salah seorang daripada soo family ni kena itu ke kena ini ke kitaorang cuba comfortkan dia dan menyebelahi dia.

Jadi tahun ni Hajar bakal menduduki dan Fatin,Yad,Chae,Gee dengan Hana bakal menduduki SPM pada tahun hadapan.harap-harap kitaorang akan dapat result yang cemerlang.Korang nak tahu yang Fatin pernah mimpi yang Fatin jumpa diaorang.Dasyatkan? Fatin saje je nak bagitahu yang Fatin dah letak soofamily dekat bio Hana pun dah.

Panjangkan entry Fatin kali ni? Fatin rasa dah macam karangan dah.Akhir kata,I hope I will meet them someday.Insyaallah.

Fatin Nurina


Sesi Persekolahan 2013

Assalamualaikum

Fatin dah lama tak update blog sebab Fatin sibuk dan kadang-kadang penyakit M datang :)

Ok hari ni Fatin nak cerita pasal hari pertama Fatin masuk sekolah untuk sesi 2013.Tahun ni Fatin dah naik tingkatan 4dan ini bermakna Fatin akan SPM tahun depan.Macam biasalah bila hari pertama persekolahan mestilah ada perhimpunankan. Cikgu ada cakap pasal itu ini.Hari tu ugak sekolah fatin dapat pengetua baru.Masa pengetua berucap dia ada sebut pasal pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR.Then pengetua sebut nama pelajar. Nak tahu tak pengetua sebut nama siapa dulu? Pengetua sebut nama Fatin dulu. Masa tu memang malulah.Bila pengetua sebut nama Fatin so Fatin pun berdirilah  then cikgu suruh ke depan dan naik atas pentas. So terpaksalah naik pentas then pengetua panggil orang dapat keputusan yang cemerlang dalam pmr. Masa dekat pentas tu cikgu rahman ada cakap dekat Fatin supaya jangan malu dan kena bangga sebab nama kita dipanggil dan kita mendapat keputusan yang cemerlang. Pengetua ada cakap yang oranglain kena contohi kami sebab kami dapat keputusan yang cemerlang dalam pmr.Masa pengetua tu cakap ada rasa bangga sikit :) Hari tu kan fatin rasa Fatin famous kejap :) lepas habis perhimpunan murid tingkatan 4 kena duduk dalam dewan sebab ada orentasi.Bagi fatin orntasi tu agak membosankan sikit. Yelah sampai sakit kaki duduk atas simen tu lama-lama.

Fatin dapat aliran sain seperti mana yang Fatin nak.Tapi yang sedihny Fa'iqah dapat aliran akaun.Fatin nak suruh fa'iqah tukar aliran tapi Fatin tak boleh. Yelah kita tak boleh paksa orang.Nanti takut Fa'iqah tak boleh bawa.Btw,adik Fatin dapat masuk asrama :) Adik fatin dapat tawaran dari sekolah Hira'. Adik Fatin dah masuk asrama tapi Fatin bila?

Yang menunggu keputusan SBP dan MRSM,
Fatin Nurina

26 Dec 2012

Trip To Singapore :)

Assalamualaikum

Sabtu minggu lepas Fatin pergi holiday bersama keluarga di Singapore.FYI, ini kali kedua Fatin pergi Singapore.Fatin pergi Singapore ni sebenarnya ikut rombongan. Best apa. Kitaorang naik bas. Bertolak awal pagi then singgah dekat Johor Premium Outlets sekejap then teruskan perjalanan ke Singapore.Sampai singapore kitaorang pergi Orchard Road,Bugis Street dan beberapa tempat lain.Bila dah penat berjalan kitaorang balik New York pulak. Ok jangan pening-pening. New York tu sebenarnya nama hotel. Hotel tu dekat Johor. Kiranya Fatin ni tak tidur dekat singaporelah. Nak tahu tak fatin dapat satu bilik dan fatin sorang je guna bilik tu.Act fatin kena tidur dengan adik tapi dia tak nak so Fatin tidur sorang jelah.

Keesokan harinya pergi USS.Best sangat.Ini kali kedua Fatin pergi USS.Kalau pergi sana jangan lupa naik roller coaster dan Transformer The Ride.Dekat sana jugak for the first time Fatin makan popcorn cheese dengan popcorn masin.Then terus balik KL. Sampai KL pun dah pukul 00.30. Peanat sangat tapi best! Keesokan harinya terpaksa ponteng 'kelas'.

Merlion

Fatin Nurina

I Got 9A's in PMR!

Assalamualaikum

Baru-baru ni keputusan PMR dah diumumkan dan alhamdulillah Fatin dapat 9A :) Sebenarya Fatin tak sangka boleh dapat 9A! Malam tu Fatin tak boleh tidur sebab takut nak tahu result PMr dan alhamdulillah result Fatin cemerlang.Fatin nak ucapkan tahniah dekat Lyana's Studio dan The Skylight Girl sebab diaorang pun dapat 9A macam Fatin.Actually mak fatin dah tahu dah yang Fatin dapat 9A.Mak Fatin kata masa mak Fatin call Cikgu rozaimah pagi tu cikgu terbagi tahu yang fatin ni dapat 9A.mak Fatin tak bagi tahu Fatin pun yang Mak Fatin dahu result. Yelah kalau bagi tahu nanti tak surprise.masa cikgu panggil nama Fatin tukan rasa macam tak percaya.Lepas keluar dewan terus peluk my mum dan menangis.Then call my dad,mok,nenek,mok long dll.Alhamdulillah Fa'iqah dapat 5A,Ashikin 9A dan Afidah 7A tak lupa juga Syahirah dapat 6 A *kalautaksilap* Tahniah kepada yang dapat straight A dan kepada yang tak dapat straight A tu jangan sedih-sedih ok! Masa SPM nanti buat elok-elok.

P/S: Tahniah GEE,YAD,HANA & CHAE! HAJAR buat betul-betul untuk PMR ok!

Fatin Nurina

16 Dec 2012

Being Review by Aliya

Assalamualaikum

Ingat tak yang Fatin menang GA hari tu? Klik Sini kalau nak tengok entri. Blog fatin akan direview oleh Aliya dan blog Fatin dah pun direview! fatin rasa ni first time kot blog fatin direview tapi tak tahulah kalau yang dah ada review blog Fatin.Nak tahu dia cakap apa? Ni dia


Lawakkan! Masa Fatin baca tu asyik gelak je.

Fatin Nurina

Siapa Stalk FB Kita

Assalamulaikum

Hari ni Fatin nak ajar kongsi dan ajar macam mana kita nak tahu orang stalk FB kita! Sebenarnya ramai dah tahu pasal benda ni tapi Fatin saja je nak kongsikan.Fatin jumpa pasal ni pun masa tengah blogwalking.Ok meh Fatin tunjukkan caranya

1.Log in FB 

2. Tekan right click dekat tempat kosong. Tekan View Page Source yang kotak warna biru tu.


3.Bila tekan View Page Source tu akan keluar page lagi satu.Tekan CTRL + F dan search ChatFriend. (Dekat tutorial Lyana dia suruh search Ordered Friend tapi bila Fatin search tak ada so bila Fatin search ChatFriend baru ada.Terpulang sama ada nak ikut Fatin atau Lyana) Klik Sini kalau nak tengok Lyana punya :)

4.
Nampak tak nombor yang banyak bawah ChatFriend tu.Nombor tu lah yang stalk kita :) Yang dalam kotak biru orang yang stalk Fatin. Eh?

5.Bukak tab baru dan type www.facebook.com/NomborProfile tu.NomborProfile tukarkan dengan nombor proflie yang banyak banyak tu.Jadi sekarang readers boleh tengok siapa yang stalk readers.

Nak tahu Fatin punya? Ok ni dia http://www.facebook.com/100001486208749 


                  Gee Nordin Is My Manager!

Fatin Nurina

12 Dec 2012

First time menang GA

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya Fatin menang jugak. Hari tu Fatin ada join MEGA GIVEAWAY 2012 BY LYANA'S STUDIO. Klik Sini kalau nak tengok entri tu. Fatin pemenang via random yang no 2



Fatin menang Header by Syahirah,Bloglist Kekal by Aliya dan Review Blog by Aliya.


Kalau readers nak tahu ini kali pertama Fatin menang GA.Ini yang Fatin bersemangat nak join GA lagi.

Fatin Nurina

Keputusan PMR 2012 bakal diumumkan pada 19.12.12?

Assalamualaikum

Dengar-dengar keputusan pmr akan keluar pada 19 hari bulan ni.Ya Allah takutnya! Lagi beberapa hari je lagi keputusan nak keluar. Sebenarnya Fatin tak ready lagi nak ambil keputusan tu.Kalau boleh tak Fatin tak nak ambil tapi tak bolehlah macam tu Fatin kena ambil jugak.Harap-harap dapat keputusan yang cemerlang iaitu 9A. Amin. Fatin dengar dengar jugak yang peratus pmr tahun ni jatuh tapi kita tak boleh percaya sangat.Kita kena redholah dengan apa yang kita dapat sebabkita dah berusahakan?  tolong doakan fatin dapat keputusan yang elok ok!

Yang takut untuk mengambil keputusan PMR,
Fatin Nurina

10 Dec 2012

Follower yang ke 52 :)

Assalamualaikum

Tahniah kepada Nor Azizah Safardin sebab jadi follower Fatin yang ke 52.Ok fatin tahu nombor 52 bukannya unik sangat pun kan macam nombor 123 dan lain-lain tapi bagi Fatin nombor 52 tu adalah nombor yang unik.Nak tahu sebab apa? Sebab Fatin suka sangat nombor tu. Fatin pun tak tahu kenapa Fatin suka sangat nombor tu.Fyi dalam setahun ada 52 minggu :) Lagi satu my bias Jessica Jung pun suka no 52.Tak percaya? Ce tengok nombor yang ada dekat jumper dia dalam mv Girls' Genaration!
Itu je lah fatin nak cerita :P Sorry Azizah sebab tak ada gift :D Actually fatin dah lam tunggu siapalah yang bakal jadi follower yang ke 52 dan pagi tadi Fatin dapat tahu Azizah jadi follower tu.Btw tahniah sekali lagi :)

Nak tengok blog Azizah? Klik Sini 

Fatin Nurina

7 Dec 2012

Doodle Gift from Munirah!

Assalamualaikum

Wah rasa macam tak percaya je Fatin dapat doodle daripada Munirah. Terima kasih banyak-banyak sebab bagi Fatin doodle tu.Fyi, ni kali pertama fatin dapat gift dari blogger lain.Fatin dapat doodle ni sebab Fatin follower Munirah yang ke 321.Unikkan! Ni doodlenya






Comelkan?!


Fatin Nurina


6 Dec 2012

UKKM+HOLIDAY

                        Assalamualaikum

Nilah MRSM tu.Sempt ambil gambar untuk kenangan

Semenjak dua menjak ni entri Fatin selalu pasal GA,segmen dan etc kan.Jadi hari ni Fatin nak cerita pengalaman Fatin ambil UKKM dekat MRSM Batu Pahat.Fatin ambil UKKM tu hari jumaat minggu lepas bersamaan 30.11.12.Fatin bertolak ke Johor hari tu jugak.Masa sampai dekat tol Yong Peng kan Fatin dah mula nervous dah.Then pergi rumah mak teh sekejap letak barang,duduk-duduk and tukar baju.Then gerak pergi MRSM.Masa sampai tu wah besarnya MRSM ni.Then,terus pergi surau dia.Lepas dah siap solat terus pergi daftar dan naik ke makmal 1.Sebelum masuk tu salam-salam dulu.Alahamdulillah masa Fatin soalan tu Fatin tak kelam kabut.Masa rehat Fatin tak makan pun sebab nervous punya pasal.Masa dah habis jawab tu dia ada bagi kertas apa tah Fatin pun tak tahu.Then Fatin pergi lawat sekolah tu jap and my parents datang.Balik tu Fatin lalu depan kilang Munchy's.First time tengok kilang dia.Then pergi makan dan balik! Fuhh. Penat+Mengatuk! Unfortunately malam tu fatin tak dapat tengok MAMA! Rumah mak teh tak ada siaran 8tv.  Nak buat macam mana terpaksalah terima.Kesian KAI mesti dia sedih. lol :) But it's ok balik nanti boleh tengok.Nak tahu tak Exo-K menang Best New Asian Artist Group! Oh,bangga sangat. tak sia-sia usaha abe abe ku. lol ak back to main story. Malam tu jugak keluarga ayah chik datang rumah mak teh.Apa lagi happeninglah.

Chanyeol,Suho,Sehun,KAI,D.O,Beakhyun

Keesokannya harinya kitaorang pergi Melaka! Ok ni first time Fatin pergi sana.Actually bukan kali pertama ni mungkin kali kedua kot.Kitaorang pergi pengkalan balak.Pantai dia bolehlah.Malam tu fatin dan 'sepupu+adik' pergi jalan-jalan dekat kawasan tu.Malam tu jugak ada bola.Then pergi makan ikan bakar.Fuh memang sedap.

Keesokan harinya,pagi tu pergi mandi dekat pantai.Hari tu jugak Fatin naik Banana boat.Act fatin memang takut pun nak naik tapi terpaksa sebab baba suruh :) Bila dah naik tu kan memang best.Then,siap-siap untuk balik.Singgah rumah mak mak teh dekat sendayan kejap untuk solat dan makan.Fatin tak makan pun cuma minum je.Balik rumah tu makan oblong.First time makan oblong. lol ngee~~~ 

Fatin Nurina

27 Nov 2012

Tahfiz!

Assalamualaikum

Nak tahu tak mulai dari hari ni Fatin dengan adik Fatin akan masuk kelas tahfiz! Fatin masuk tahfiz? Biar betul? Ye,Fatin masuk kelas tahfiz dekat sekolah agama dengan adik Fatin.Mak  Fatin baru bagitahu semalam yang Fatin dengan adik Fatin akan masuk kelas tahfiz mulai hari ni.Masa mak Fatin cakap tu kan Fatin rasa macam tak percaya je.Tapi pada hakikatnya ye Fatin dan adik Fatin akan masuk kelas tahfiz.Kelas tahfiz tu start pukul 7 sampai pukul 9 dan setiap Isnin sampai Jumaat untuk masa cuti sekolah ni lah.Kalau masa sekolah ustaz kata hari Sabtu dan Ahad.Buakan fatin dengan adik Fatin je yang masuk tahfiz ni.Jiran Fatin pun masuk sama.Jadi adalah kawan.Masa Fatin sampai tu rasa takut,malau,berdebar-debar semuanya ada.Fatin suruh adik Fatin masuk dulu sebab Fatin ni malu. Ngee~~ Masa kitaorang masuk tu ustaz suruh kitaorang tunggu dekat surau sekejap.Fatin pun tak tahu kenapa ustaz suruh tunggu dekat surau.Mungkin tempat penut kot.Lepas tu fatin nampak Along dengan adik beradiknya.Lepas tunggu dekat surau tu untuk beberapa minit staz suruh kitaorang masuk.So kitaorang pun masuk.Masa dekat kelas tu Fatin hafal je lah surah Ad-Dhuha sampai surah Al-'Alaq.Fatin rasa cukuplah empat surah je.Yelah fatinkan baru masuk.Mula-mula tu Fatin ok je tapi bila dah satu jam tiba-tiba perut Fatin buat hal dan fatin rasa mengantuk.Yelah dah lah semalam Fatin tak tidur.Fatin rasa nak tidur je waktu tapi Fatin tahankan mata ni daripada tertutup.Hafaz punya hafaz punya hafaz tiba-tiba ustaz panggil along suruh baca dekat ustaz sebab ada lima minit je lagi sebelum balik.Masa ustaz cakap lima minit je lagi yang tinggal,mata Fatin terus tak mengantuk.Hebatkan? hahaha Then ustaz panggil Fatin suruh tulis nama dan no tel.Lepas tu ustaz ada terangkan sikit pasal tahfiz ni.fatin ada bagitahu dekatustaz yang Fatin tak datang kelas hari jumaat ni sebab Fatin nak ambil UKKM.Lepas Fatin cakap tu fatin bayar duit tahfiz dan BALIK!  *Mula-mula masuk tu memanglah ada rasa mengantuk dan bosan sikit tapi kalau dah lama dan terbiasa rasa mengantuk dan bosaantu akan hilang dengan sendirinya*

Fatin Nurina

25 Nov 2012

Oh my UKKM!

Assalamualaikum.

Jumaat minggu depan fatin akan mengmbil Ujian Kecenderungan Ke MRSM.Seriously fatin tak prepare apa-apa lagi untuk ujian tu.Baru semalam Fatin mula bukak buku and study.My mum dengan adik adalah terkejut sikit sebab tiba-tiba je Fatin rajin study masa cuti ni.Fatin ambil UKKM ni dekat Batu Pahat.Jauhkan? Sebenarnya Fatin nak ambil dekat dekat selangor je tapi semua tempat dah penuh so terpaksalah ambil Batu Pahat sebab Pak cik Fatin ada tinggal dekat Yong Peng.Yong peng dengan Batu pahat ni dekatlah jugak.jadi boleh singgah rumah pakcik Fatin sekejap.Itu pun kalau ayah fatin nak singgah.Fatin ambil ujian ni pukul dua.tak taulah saolan dia macam mana.Ada orang kata susah.yelah bukan senag nak masuk mrsm.lagipun mara nikan straight sikit and saolan dia susah sikit.Bagi Fatin Fatin suka soalan susah sebab boleh uji minda kita tapi fatin rasa fatin tak tahulah sama ada fatin boleh jawab atau tak.Ok sampai sinijelah entry kali ni Fatin nak sambung study.Doakan Fatin dapat jawab ujian dan lulus.Amin

Fatin Nurina

18 Jul 2012

Pelanduk dua serupa?

Assalamualaikum

Adalah seorang ni muka dia ni lebih kurang macam muka seo yunjae dalam big.Perangai dia pun adalah sikit-sikit.kadang-kadang bila fatin pandang dia kan,muka dia dari tepi ada iras-iras seo yunjae.Fatin  teringin nak cakap dekat dia yang muka macam seo yunjae tapi malulah pulak.Kalau fatin cakap dekat dia yang muka dia macam seo yunjae entah entah diapun tak kenal sape tu seo yunjae.Yelah dia kan kadang-kadang macam katak bawah tempurung.Sorry awak!

Fatin Nurina


28 Jun 2012

Reunion

Assalamualaikum


Hari ni dekat sekolah ada hari bicara akademik.Alhamdulillah keputusan ok-2 je lah.Hari ni juga mak fatin and cikgu rozaimah jumpa! Nak tahu kenapa? Ok buat pengetahuan semua mak fatin dan cikgu rozaimah dulu satu sekolah,so kira kawanlah masa sekolah dulu! Bila dah lama tak jumpa mestilah nak cakap banyak-banyakkan so fatin pun tunggu je lah.Dah lama sangat tunggu rasa boring lah pulak then fatin turun bawah pergi jumpa zuhairah yang  tengah jaga sorang sorang.Kesian zuhairah tak de kawan .Yelah farah dah balik.Zuhairah kata mak dan ayah dia sebok sangat sebab tu dapat datang.So fatin pergilah teman dia sekejap.Cakap tu cakap ni then fatin balik.Rasa terharupulak tengok mak fatin dapat juma cikgu rozaimah.Btw happy sebab mak fatin dah jumpa kawan lama :)


Fatin Nurina