23 Jan 2013

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad s.a.w



Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di dunia.


Biodata Rasulullah s.a.w


  1. Nama - Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin hasyim
  2. Tarikh Lahir - 12 Rabiulawal tahun gajah/20 April 571 Masihi/Subuh/Isnin
  3. Tempat Lahir - Mekah Al-Mukarramah
  4. Nama Bapa - Abdullah bin Abdul Mutalib
  5. Nama Ibu - Aminah binti Wahab

Sejarah Ringkas Rasulullah s.a.w

6 Tahun

  • Ibu rasulullah ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
  • Baginda Dipelihara oleh Ummu Aiman dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutalib
8 Tahun

  • Datuk rasulullah meninggal dunia
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib
9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada 12 tahun)

  • Bersama bapa saudaranya Abi Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan
  • Di Kota Busra,Syam,seorang pendeta Nasrani Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dalam kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
20 Tahun

  • Terlibat dalam peperangan Fijar.Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah,jilid 1,halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia rasulullah ialah 14 atau 15 tahun.Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpul anak panah sahaja.
  • Menyaksikan perjanjian 'Al-Fudhul':perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
25 Tahun

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
  • Perjalan ke Syam ditemani oleh Maisarah,lelaki suruhan Khadijah
  • Baginda bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain berjumpa Amru bin Asad(bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham
35 Tahun

  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
40 Tahun

  • Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi nabi dan rasul akhir zaman
53 Tahun

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/24 September 622 Masihi
63 Tahun

  • Baginda wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah

Isteri-Isteri Rasulullah s.a.w

  1. Khadijah binti Khuwailid
  2. Saudah binti Zam'ah
  3. Aisyah binti Abu Bakar
  4. Hafsah binti Umar
  5. Ummi Habibah binti Abu Sufyan
  6. Hindun binti Umaiyah
  7. Zainab binti Jahsy
  8. Maimunah binti Harith
  9. Safiyah binti Huyai
  10. Zainab binti Khuzaimah

Anak-Anak Rasulullah

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Ruqaiyah
  5. Zainab
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Az-Zahra'

Sumber:ASh.Com

Fatin Nurina



No comments: