26 Oct 2012

Orienteering Di Taman Botani ,Shah Alam

Assalamualaikum
Tumblr_m7cqnlwzzh1ran3dqo1_500_large
Comelkan dia? 
 Kelmarin Fatin pergi kursus Orienteering dekat Taman Botani,Shah Alam.Sebenarnya Fatin tak tahu pun apa itu orienteering.Orienteering ni kiranya aktiviti lepas pmr untuk tingkatan tiga.Kelmarin Fatin datang sekolah macam biasa baca makthurat.Then siapa yang terlibat dengan orienteering duduk dekat tapak perhimpunan.Cikgu bagi roti dan air.Ada air laici dan soya.Pilih je mana nak.fatin pilih air laici.Orang lain semua makan dan minum tapi Fatin tak.Yelah Fatin dah kenyang sarapan dekat rumah.Then tunggu bas.Sementara tunggu bas Fatin,Farah,Zuhairah,Akhma,Ashikin,Syahirah,Fatehah dal lain borak-borak.Itulah kerja kitaorang lepas habis pmr ni.Then bas datang farah beriya-iya nak duduk belakang,then cikgu cakap lelaki penuhkan belakang.Apalagi patah seribulah harapan kitaorang.Its ok bagi Fatin duduk mana mana pun ok.Dalam bas memang bising dengan diaorang yang cakap tak habis habis.Agaknya diaorang tak tahu penat kot.Tapi bagus jugak diaorang bising taklah bosan duduk dalam bas tu.

Then,Fatin main kuiz untuk hilangkan bosan dan pening.Tema kuiz tu berkaitan dengan tahi lalat.Memang tergelak jelah.Tup tap tup tap dah sampai.Masa sampai tu memang exsitedlah.Tak sabar sabar nak orienteering.Pakcik yang bagi taklimat pasal orienteering ni garang tapi pandai buat lawak.Masa pakcik tu bagi taklimat ada banyak nyamuk,so kitaorang pun tepuklah tapi dia kata jangan tepuk sebab nyamuk tu dibela.Masa dia cakap tu Fatin rasa nak baling selipar L je dekat pakcik tu.Bukan apa Fatin ni kalau dah digigit nyamuk tangan tu akan merah dan gatal tu yang Fatin tak boleh kena gigit nyamuk tapi nak buat macam mana kena biarkan jelah.

Then mula orienteering.fatin kumpulan dengan Farah dan Zuhairah.Masa checkpoint 1&2 kitaorang dapat tapi sampai je checkpoint 3 kitaorang sesat.Tapi best apa sesat kitaorang pergi perkampungan nyamuk,tempat paintball dan lain-lain.then nampak kumpulan Syahmi and Syahirah.Then kitaorang duduk tepi jalan sebab penat punya pasaal.Lepas tu bas taman botani tu lalu dan ada beberapa orang tangkap gambar kitaorang.Buat malu je tapi itulah kenangan.Then,balik semula ke tempat 'MULA'.Kumpulaan Fatin kalah,tempat terakhir dan yang terakhir balik.Memang baguslah.Masa balik tu ada tolong akak ambil gambar,lepas ambil gambar Fatin jalan cepat cepat bila sampai tempat 'MULA' tu diaoarang pergi bersorak dan tepuk tangan.Malu memang malu.Dahlah Fatin sampai seorang.Farah dan Zuhairah dekat belakang.Then,makan dan pergi rumah empat musim.Sekarang ni tengah musim luruh.Masa dalam perjalanan nak pergi rumah enmpat musim tu budak-budak yang sesat semua cakap tempat ni familiar.Yelah kitaorang sesat sampai nak dekat rumah empat musim.Then masuk rumah empat musim.Dalamtu memang sejuk.Ambil gambar semua.

Then,balik.Sebelum balik tu singgah sekejap dekat masjid biru untuk solat zuhur.Nasib baik tak kena tinggal sebab ada cikgu.Masa balik memang penat.Fatin dapat tengok muka diaorang yang kepenatan.Memang lawak.Masa tu jugak Fatin rasa mengantuk tapi Fatin pejamkan mata je.Then,sampai sekolah.Tapi fatin tak tahu nak balik dengan siapa.Lastly,Fatin balik sorang je tapi nasib baik ada Faris kalau tak silap.The end.

Fatin Nurina

No comments: