Assalamualaikum
Hari ni fatin nak kongsikan satu resepi iaitu Kuah Durian atau Serawa Durian.Kuah Durian ni boleh dimakan macam tu je atau dicicah dengan roti,roti jala atau pulut.Tapi fatin suka makan macam tu je.
Ingredients
5 ulas durian
3 sudu gula pasir
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
*boleh jugak tambah gula merah kalau nak ubah warna
Steps
1.Buang biji durian dan hancurkan sedikit.
2.Masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
3.Masak hingga mendidih.
4.Siap dimakan.
Selamat mencuba!
Fatin Nurina
No comments:
Post a Comment